|
Salah satu
umpan yang paling popular di gunakan di kalangan
pemancing ialah cacing atau pumpun dan ia boleh
digunakan secara seekor atau secara hirisan.
Perbezaan antara cacing dengan pumpun adalah cacing
hidup di kawasan air tawar dan sesuai di gunakan
untuk memancing di kawasan sungai,lombong dan tasik
. Umpan pumpun pula boleh di jumpai di tepi laut dan
di kawasan hutan bakau. Ia selalu di gunakan di laut
dan di kuala sungai di mana airnya payau atau masin
. Cacing dan pumpun adalah yang paling saya gemari
sekali pabila digunakan sebagai umpan kerana ia
adalah makanan utama ikan di sungai,kuala
sungai,muara dan laut . Boleh di kata kesemua ikan
terutama ikan yang mempunyai sesungut suka memakan
umpan ini. Udang galah serta ketam pun suka pada
umpan ini juga.
Cara
menyimpan Umpan
Terdapat beberapa jenis Pumpun seperti pumpun
sarang,pumpun bulu dan pumpun laut ke semua pumpun
ini boleh digunakan dan perhatian perlu diberi
supaya pumpun ini tidak mati. Ini disebabkan kerana
pumpun yang mati akan berbau busuk dan tidak akan
menarik perhatian ikan untuk memakannya. Cara untuk
menjaga umpan ini adalah mudah sekali dengan
melembapkan sarang atau tanah yang diambil bersamaan
umpan tersebut. Sekiranya tidak menggunakan tanah,
kita boleh juga menggunakan serbuk kayu (saw dust)
atau kertas yang lembap untuk menyimpan nya.
Tentukanlah umpan disimpan di tempat yang teduh dan
jangan biarkannya terdedah pada pancaran mata hari.
Selalulah menggunakan umpan yang segar dan baik .Apa
bila membeli umpan diri jenis ini, tentukanlah ia
tidak berbau dan telah mati. Sekiranya kita
menggunakan pumpun sarang, tentukanlah sarangnya
tidak dikopek dan selalulah membasahi sarang
tersebut supaya ia tidak kering.
Bagi cacing pula penjagaan lebih kurang sama dengan
pumpun tetapi untuk mendapat kesan yang baik dari
umpan tersebut di syorkan umpan cacing dicari dan
diambil dari kawasan yang kita ingin memancing.
Beberapa tahun dahulu saya telah ke pergi memancing
di Sungai Pahang dan untuk menyenangkan diri saya
telah membawa cacing dari kawasan rumah saya. Semasa
memancing di sana saya gagal mendapat seekor ikan
pun,saya telah bertanyakan seorang Pakcik yang saya
perhatikan tak berhenti henti menaikkan ikan, beliau
telah memberi pertua dan menyuruh saya korek cacing
yang di situ. Selepas membuat demikian saya telah
tidak berhenti henti dapat ikan. Mungkin ikan di
sana telah tidak begitu gemar makan umpan dari
tempat lain. Dari hari itu sekiranya saya hendak
menggunakan umpan cacing saya akan mengambil umpan
di kawasan saya hendak memancing. Satu lagi pertua
adalah semasa menyimpan atau dalam perjalanan
janganlah simpan umpan terlalu lama di bilik atau
kereta berhawa dingin kerana keadaan berhawa dingin
akan cepat mengeringkan umpan tersebut, selalulah
membasahkan umpan.
Cara
Mencangkuk Umpan
Terdapat beberapa cara untuk mencangkuk umpan
tersebut dan apa yang penting adalah cara kita
mencangkuknya perlu mengambil kira beberapa faktor
iaitu :
a. Mata kail
Kail memainkan peranan yang amat penting semasa
mengguna umpan dari jenis ini. Terdapat di pasaran
sejenis mata kail yang dipanggil "Worm HooK" atau
Mata Kail Cacing. Anda perlulah menyesuaikan kail
dengan cacing atau pumpun yang hendak digunakan.
Bagi saya mata kail bersaiz antara 22 hingga 1/0
adalah yang paling sesuai sekali terutama yang
diperbuat daripada aloi (alloy) atau "carbon steel"
kerana kail yang diperbuat daripada jenis ini adalah
sangat ringan. Pilihlah mata kail yang mempunyai
tangkal yang panjang serta bergigi (barb) untuk
menahan cacing atau pumpun dari terkeluar. |