|
Salah satu
umpan yang digemari oleh pemancing adalah udang dan
ia boleh digunakan secara seekor atau secara hirisan
mahu pun hidup atau yang sudah mati. umpan udang
adalah yang paling saya gemari sekali pabila
digunakan sebagai umpan kerana udang adalah makanan
utama ikan di laut,muara dan di sungai . Boleh di
kata kesemua ikan suka memakan umpan ini.
Cara
menyimpan Umpan
Terdapat
banyak jenis Udang yang dijumpai di pengairan negara
kita dan boleh dikatakan kesemua jenis boleh
digunakan dari jenis udang sungai, udang pisang ,
udang harimau, udang galah dan lain lagi. Bagi
penggunaan udang kita haruslah menyimpannya dengan
baik kerana udang yang busuk atau rosak tidak akan
menarik minat ikan untuk memakannya. Selalulah
menggunakan udang yang segar dan baik. Apa bila
membeli udang tentukan ia segar dan kepala udang
tersebut tidak senang tercabut, sekiranya kepalanya
senang tercabut apabila kita mengangkatnya melalui
misainya, udang tersebut tidak segar lagi.
Cara untuk menyimpan udang supaya ia akan selalu
segar adalah untuk membungkus nya dengan kertas
beberapa ekor sebungkus dan menanamnya ke dalam ais
yang dihancurkan. (buried in crushed ice) Sekiranya
boleh, lebih baik udang dibekukan terlebih dahulu.
Tentukan setiap bungkusan hanya terdapat antara 5-10
ekor sahaja. Dengan membuat begini kita akan hanya
mengeluarkan sebungkus sekali dan ini tidak akan
membazirkan yang lain .
Sekiranya bot yang anda menaiki itu mempunyai tempat
menyimpan umpan hidup (life bait well) maka bolehlah
anda menyimpan udang hidup di dalamnya.. Anda perlu
menentukan bahawa terdapat air yang mengalir selalu
di dalamnya serta minyak tidak masuk ke dalam tempat
menyimpan udang tersebut. Sekiranya bot anda tidak
mempunyai tempat menyimpan udang tersebut maka anda
boleh menyimpannya di dalam kotak dengan memasukkan
air masin dan tentukan anda masukkan oksigen melalui
pam kecil yang anda boleh beli dari kedai akuarium .
Untuk perjalanan yang jauh masukkan ais sebesar dua
penumbuk dalam plastik dan ikatkannya , kemudian
masukkan ais ini ke dalam air bersama udang hidup
tersebut. Tukarkan air setelah 6 jam supaya air
tidak akan masam.
Cara
Mencangkuk Umpan
Udang
Hidup
Terdapat beberapa cara untuk mencangkuk udang
tersebut, apa yang penting adalah cara kita
mencangkuknya perlu mengambil kira beberapa faktor
iaitu :
a. Mata kail
Kail memainkan peranan yang amat penting semasa
mengguna umpan udang hidup kerana sekira kail itu
terlalu besar dan berat maka ia akan membunuh umpan
tersebut. Anda perlulah menyesuaikan kail dengan
udang. Bagi saya mata kail bersaiz antara 22
hingga 1/0 adalah yang paling sesuai sekali
terutama yang diperbuat daripada aloi (alloy)
atau "carbon steel" kerana kail yang
diperbuat daripada jenis ini adalah sangat ringan.
b.
Jenis perambut
Jenis perambut yang digunakan juga memainkan peranan
yang penting kerana ia akan menentukan sekiranya
umpan dapat bergerak secara semula jadi (natural)
serta apa jenis kail yang perlu digunakan. Sekiranya
"wire leader" digunakan cubalah menggunakan
yang paling halus sekali. Bagi saya , "wire
leader" yang saya selalu gunakan adalah dari
jenis 10 paun hingga 20 paun sahaja. Dan
sekiranya saya tidak menggunakan "wire Leader" saya
menggunakan "mono leader" antara 20 paun
hingga 40 paun dengan kail dari jenis "kirby"
yang mempunyai mata yang mendongak ke tepi (off set
point).
Selepas kita mengkaji faktor di atas maka terdapat
beberapa cara untuk mencangkuk umpan udang yang
hidup. Pada amnya, sekira kita perhatikan udang yang
hendak digunakan, di belakang udang tersebut
mempunyai garisan, ini adalah saraf belakang dan
kita sepatutnya tidak mencangkuk mata kail di sini
kerana ia akan membunuh udang tersebut.
|