|
Sebelum kita
pergi ketahap mengasah mata kail marilah kita tengok
pada beberapa jenis mata yang terdapat pada kail iaitu:
1.
Traditional Cutting Edge With Inside Barb

Mata dari jenis ini adalah yang paling biasa terdapat
dipasaran dan banyak digunakan oleh pemancing. Reka
bentuknya adalah yang terbaik sekali tetapi mata dari
jenis ini memerlukan penjagaan dan perlu diasah selalu.
2.
Traditional Cutting Edge with Conical Mechanical
Sharpening- "Cone Cut"
Mata
dari jenis ini adalah sangat berkesan bagi ikan yang
mempunyai bibir yang tebal atau tulang pada mulut. "Cone
tip" yang terdapat pada hujung mata amatlah tajam serta
kuat sekali. Mata jenis ini perlu diasah selalu kerana
ianya mudah tumpul.
3. Conical Point With Flat, Wedge Blade.
Satu
mata yang baik terutamanya bagi ikan yang mempunyai
mulut yang tidak begitu tebal .Mudah untuk diasah dan
memerlukan sentakan untuk mencakuk ikan.
4. Conical Point "Ice Pick Style"
Satu
mata yang baik terutamanya bagi ikan yang besar dan
ganas yang mempunyai mulut yang tebal. Mata dari jenis
ini sangat kuat dan tidak akan mudah membengkok. Senang
untuk diasah dan perlu sedikit sentakan atau tegangan
pada tali untuk mencakuk.
5. Turn
in Barb & Point
Oleh
sebab sudut yang membengkok, ia mempunyai satu daya
mencakuk yang baik terutama pada ikan yang menyambar
umpan. Perlu diasah selalu dan harganya sedikit mahal.
6.
Multiple Bards
Mata
dari jenis ini amat tidak sesuai sekali sekiranya
digunakan untuk memancing secara biasa, Hanya digunakan
untuk menunda atau "jigging" kerana mata dari jenis ini
perlukan hentakan yang kuat untuk mata menembusi mulut.
Amat susah untuk mengasah dan akan merosakan ikan
sekiranya hendak mengamal tangkap dan lepas.
7. Beaked
or Curved Point
Mata
dari jenis ini adalah baik digunakan walau bagaimanapun
ianya akan selalu membengkok pada matanya sekira
dihentak dengan kuat. Mata dari jenis ini perlulah
dijaga dan diperiksa selalu dan ditukar selepas
digunakan beberapa kali. Sangat susah untuk mengasahnya
dan perlu penjagaan rapi. |