|
d.Three-way
swivel
Jenis ini
adalah diperbuat dari loyang (brass) dan mempunyai 3
(tiga) simpulan yang diikat pada cincin pada jarak
yang sama. Kegunaan simpulan ini adalah untuk
memisahkan umpan dari batu pemberat . 'Swivel dari
jenis ini amat lemah sekali dan selalunya tigak
berputar yang mengakibatkan tali akan berbelit.
Ianya selalu digunakan untuk memancing di dasar.
Pengunaan dan Penjagaan
Seperti
setiap alat memancing, 'swivel' boleh mengakibatkan
masaalah seperti ianya akan patah atau tidak
berputar sebagaimana yang ia perlu dilakukan.
Pengunaan 'swivel' yang murah serta tidak
bersesuaian akan mengakibat kita kehilangan ikan
yang diidamkan atau kerugian wang kerana tali
pancing kita telah rosak. Tentukan kekuatan 'swivel'
adalah lebih berat dari kekuatan tali pancing.
Penjagaan 'swivel' juga amat penting, selalu basuh
'swivel' dengan air bersih selepas memancing di laut.
Terutamanya bagi 'swivel' dari jenis 'ball bearing'.
Tentukan ikatan tali pada 'swivel' berada pada
cincin 'swivel' dan tidak membelit pada badannya
kerana ini akan menghindarkan putaran 'swivel'
tersebut.
Bagi saya, saya lebih suka mengunakan 'swivel' yang
berwarna gelap untuk menghindarkan ikan menggigit
atau menyambar 'swivel' yang berkilau . |