|
Salah satu
umpan yang paling digemari oleh pemancing di dunia
adalah sotong dan ia boleh digunakan secara seekor
atau secara hirisan mahu pun hidup atau yang sudah
mati. Bagi saya sotong adalah yang paling saya
gemari sekali pabila digunakan sebagai umpan kerana
sotong adalah makanan utama ikan di laut. Boleh di
kata kesemua ikan di laut memakan sotong.
Cara
menyimpan Umpan
Terdapat
banyak jenis sotong yang ada di pengairan negara
kita dan boleh dikatakan kesemua jenis boleh
digunakan dari jenis sotong kurita (octopus), sotong
pisang (squid),sotong arus (cuttlefish) dan lain
lagi. Bagi penggunaan sotong kita haruslah
menyimpannya dengan baik kerana sotong yang busuk
atau rosak tidak akan menarik minat ikan untuk
memakannya. Selalulah menggunakan sotong yang segar
dan baik.
Cara untuk menyimpan sotong supaya ia akan selalu
segar adalah untuk membalut nya dengan kertas
beberapa ekor sebungkus dan menanamnya ke dalam ais
yang dihancurkan(buried in crushed ice). Tentukan
setiap bungkusan hanya terdapat antara 3-5 ekor
sahaja. Dengan membuat begini kita akan hanya
mengeluarkan sebungkus sekali dan ini tidak akan
membazirkan yang lain serta akan masih menyimpan
yang lain segar.
Sekiranya bot yang anda menaiki itu mempunyai tempat
menyimpan umpan hidup (life bait well ) maka
bolehlah anda menangkap sotong dan menyimpan di
dalamnya. Anda perlu menentukan bahawa terdapat air
yang mengalir selalu di dalamnya serta minyak tidak
masuk ke dalam tempat menyimpan sotong tersebut.
Sekiranya anda memancing sewaktu malam adakan lampu
di dalam tempat simpan tersebut kerana ini dapat
menahan sotong dari mati.
Cara
Mencangkuk Umpan Sotong
Sotong Hidup
Terdapat beberapa cara untuk mencangkuk sotong
tersebut, apa yang penting adalah cara kita
mencangkuknya perlu mengambil kira beberapa faktor
iaitu :
a. Mata kail
Kail memainkan peranan yang amat penting semasa
mengguna umpan sotong hidup kerana sekira kail itu
besar dan berat maka ia akan membunuh umpan tersebut.
Anda perlulah menyesuaikan kail dengan sotong. Bagi
saya mata kail bersaiz antara 1/0 hingga 5/0 adalah
yang paling sesuai sekali terutama yang diperbuat
daripada aloi (alloy) atau "carbon steel" kerana
kail yang diperbuat daripada jenis ini adalah sangat
ringan.
b.
Jenis perambut
Jenis perambut yang digunakan juga memainkan peranan
yang penting kerana ia akan menentukan sekiranya
umpan dapat bergerak secara semula jadi (natural)
serta apa jenis kail yang perlu digunakan. Sekiranya
"wire leader" digunakan cubalah menggunakan yang
paling halus sekali. Bagi saya , "wire leader" yang
saya selalu gunakan adalah dari jenis 25 paun hingga
40 paun sahaja. Dan sekiranya saya tidak menggunakan
"wire Leader" saya menggunakan "mono leader" antara
30 paun hingga 60 paun dengan kail dari jenis
"O'Shaughnessy " yang mempunyai batang (shank) yang
panjang.
Selepas kita mengkaji faktor di atas maka terdapat
beberapa cara untuk mencangkuk umpan sotong yang
hidup. Pada amnya, sekira kita perhatikan sotong
yang hendak digunakan, di atas dekat dengan ekor
sotong terdapat satu lubang di antara ekor sotong ,
masukkan mata kail melalui lubang tersebut dan
cangkuk keluar kail tersebut melalui sisi (side)
yang sama. |