|
Walau
bagaimana pun, sekiranya anda ingin menunda
(trolling) atau menggunakan umpan tiruan (lure) yang
berpusing (spin) atau bergolek (roll), maka
disyurkan menggunakan "snap swivel" supaya tali
utama tidak berpintai.
Sungguhpun
kegunaan "snap" adalah untuk kesenangan pemancing,
tetapi sekiranya "snap"itu dari kualiti /mutu yang
rendah atau yang terlalu kecil size yang digunakan,
ia akan mendatangkan keburukan. Kita mesti tahu
bahawa "snap" adalah perantaraan antara tali utama,
umpan tiruan (lure) dan ikan. Sekiranya kualitinya
rendah atau ianya terlalu kecil maka ia akan senang
terbuka dan ikan akan terlepas.
Buat masa sekarang, terdapat banyak jenama dan juga
jenis "snap". Untuk memilih "snap" yang sesuai, ia
adalah berpandu kepada kekuatan "snap" untuk membuka.
Contoh, sekiranya, kita menggunakan tali utama
seberat 30 lb dan "snap" yang berkekuatan 15 lb,
maka apabila kita bertarung dengan ikan yang besar,
kemungkinan sebelum tali utama itu putus, "snap"
akan lebih awal lagi terbuka. Maka terlepaslah ikan
yang besar tadi. Oleh itu, amatlah penting sekali,
untuk membuat pemilihan, ketahuilah kekuatan "snap"
samaada ianya sama atau lebih dari kekuatan tali
utama. Sekiranya kekuatan "snap" tidak tertulis pada
label, anda boleh membuat ujian tersendiri. Ini
boleh dilakukan dengan menarik "snap" dengan
penimbang sehingga "snap" itu terbuka.
Kekuatan
dan kesenangan apabila digunakan adalah fungsi utama
pada setiap "snap". Jadi cara ia mengunci (lock)
adalah amat penting sekali. |