|
Salah satu
umpan yang jarang di gunai oleh pemancing adalah
ketam dan ia boleh digunakan secara seekor atau
secara keratan mahu pun hidup atau yang sudah mati.
umpan ketam adalah yang paling saya gemari sekali
pabila saya memancing ikan seperti ikan keterap atau
bayan . Umpan ini boleh juga digunakan untuk
memancing ikan kerapu terutamanya kerapu merah dan
kerapu tikus. Umpan ini boleh digunakan di gunakan
di laut dan muara. dan di sungai.
Cara
menyimpan Umpan
Terdapat
banyak jenis ketam yang dijumpai di pengairan negara
kita dan boleh dikatakan beberapa jenis sahaja yang
boleh digunakan dari jenis ketam batu,ketam nyiur,
ketam biru atau ketam renjong dan sejenis ketam yang
kecil yang selalu dijumpai di kawasan hutan bakau.
Ketam kecil ini namanya saya tidak pasti tetapi ia
bersaiz lebih kurang sebesar duit siling 20-50 sen
dan berwarna coklat. Bagi penggunaan ketam kita
haruslah menyimpannya dengan baik kerana ketam yang
mati dan busuk tidak akan menarik minat ikan untuk
memakannya. Seboleh bolehnya gunakan ketam yang
segar dan baik .
Cara untuk menyimpan ketam yang mati supaya ia akan
selalu segar adalah untuk membungkus nya dengan
kertas seekor sebungkus dan menanamnya ke dalam ais
yang dihancurkan.( buried in crushed ice). Sekiranya
boleh, lebih baik ketam dibekukan terlebih dahulu.
Tentukan setiap bungkusan hanya terdapat se ekor
sahaja. Dengan membuat begini kita akan hanya
mengeluarkan sebungkus sekali dan ini tidak akan
membazirkan yang lain .
Sekiranya bot yang anda menaiki itu mempunyai tempat
menyimpan umpan hidup (life bait well) maka bolehlah
anda menyimpan ketam hidup di dalamnya.. Anda perlu
menentukan bahawa terdapat air yang mengalir selalu
di dalamnya serta minyak tidak masuk ke dalam tempat
menyimpan ketam tersebut. Sekiranya bot anda tidak
mempunyai tempat menyimpan udang tersebut maka anda
boleh menyimpannya di dalam kotak dengan memasukkan
air masin sedikit dan tentukan anda menyimpannya di
tempat yang teduh dan elakkan dari pancaran matahari
secara terus (direct sunlight). Untuk perjalanan
yang jauh masukkan ais sebesar dua penumbuk dalam
plastik dan ikatkannya , kemudian masukkan ais ini
ke dalam tempat simpan ketam bersama ketam hidup
tersebut. Siramkan sedikit air setiap 4 jam supaya
badan ketam tersebut tidak kering.
Cara
Mencangkuk Umpan
Ketam
Hidup
Terdapat beberapa cara untuk mencangkuk udang
tersebut, apa yang penting adalah cara kita
mencangkuknya perlu mengambil kira beberapa faktor
iaitu :
a. Mata kail
Kail memainkan peranan yang amat penting semasa
mengguna umpan ketam hidup kerana sekira kail itu
terlalu besar dan berat maka ia akan membunuh umpan
tersebut. Anda perlulah menyesuaikan kail dengan
udang. Bagi saya mata kail bersaiz antara 1/0 hingga
4/0 adalah yang paling sesuai sekali terutama yang
diperbuat daripada aloi (alloy) atau "carbon steel"
kerana kail yang diperbuat daripada jenis ini adalah
sangat ringan.
b.
Jenis perambut
Jenis perambut yang digunakan juga memainkan peranan
yang penting kerana ia akan menentukan sekiranya
umpan dapat bergerak secara semula jadi (natural)
serta apa jenis kail yang perlu digunakan. Sekiranya
"wire leader" digunakan cubalah menggunakan yang
paling halus sekali. Bagi saya , "wire leader" yang
saya selalu gunakan adalah dari jenis 15 paun hingga
60 paun sahaja. Dan sekiranya saya tidak menggunakan
"wire Leader" saya menggunakan "mono leader" antara
40 paun hingga 80 paun dengan kail dari jenis "kirby
" yang mempunyai mata yang mendongak ke tepi (off
set point).
Selepas kita mengkaji faktor di atas maka terdapat
beberapa cara untuk mencangkuk umpan ketam yang
hidup. Sekiranya ketam itu terlalu besar maka kita
bolehlah memotongnya atau menggunakan sebahagian
dari ketam tersebut. Untuk mengcakuk kail pada ketam
kita boleh mencangkuknya pada bahagian antara kaki
ketam tersebut atau antara penyepit ketam seperti
dipaparkan di bawah. Saiz yang sesuai digunakan
sekiranya memancing dengan menggunakan ketam se ekor
bergantung pada saiz ikan yang dipancing. Saya
syorkan saiz ketam tidak melebihi 3 inci garis
lentang. |