| |
|
|
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
Salah satu
umpan yang digemari oleh pemancing di seluruh dunia
adalah ikan dan ia boleh digunakan secara seekor
atau secara hirisan mahu pun hidup atau yang sudah
mati. Umpan ini selalu digunakan untuk menangkap
ikan yang lebih besar dan ganas. Bagi saya umpan
ikan adalah yang paling saya gemari sekali pabila
digunakan sebagai umpan kerana ikan adalah makanan
utama ikan jenis pemangsa di laut seperti ikan
tenggiri,haruan tasik,gerpoh dan banyak lagi dan
bagi air tawar ikan seperti ikan haruan, tapah,
toman dan lain lagi.. Boleh di kata kesemua ikan
yang di iktiraf sebagai "sport fish" memakan umpan
ikan.
.
Cara menyimpan Umpan
Terdapat banyak jenis ikan yang ada di pengairan
negara kita dan boleh dikatakan banyak jenis yang
boleh digunakan. Ikan seperti ikan kembung, belanak,
tamban, tongkol ,sepat,puyu sehingga ikan alu alu
dan anak ikan yu, boleh digunakan. Boleh dikatakan
kebanyakan ikan boleh dijadikan umpan. Pada amnya
ikan yang berlemak,berkilat dan mempunyai darah yang
banyak menjadi pilihan utama pemancing kerana ia
menarik perhatian ikan yang di buru. Bagi penggunaan
ikan kita haruslah menyimpannya dengan baik kerana
yang busuk atau rosak tidak akan menarik minat ikan
untuk memakannya. Selalulah menggunakan ikan yang
segar dan baik.
Cara untuk menyimpan ikan supaya ia akan selalu
segar adalah untuk meletak sedikit garam pada ikan
yang mati dan membalut nya dengan kertas ekor
sebungkus dan menanamnya ke dalam ais yang
dihancurkan.( buried in crushed ice). Tentukan
setiap bungkusan hanya terdapat antara 1 ekor sahaja.
Gunakan ais dengan banyak supaya ikan akan selalu
segar dan keras. Dengan membuat begini kita akan
hanya mengeluarkan sebungkus sekali dan ini tidak
akan membazirkan yang lain serta akan masih
menyimpan yang lain segar.
Sekiranya bot yang anda menaiki itu mempunyai tempat
menyimpan umpan hidup (life bait well ) maka
bolehlah anda menangkap ikan dan menyimpan di
dalamnya. Anda perlu menentukan bahawa terdapat air
yang mengalir selalu di dalamnya serta minyak tidak
masuk ke dalam tempat menyimpan sotong tersebut.
Sekiranya anda memancing sewaktu malam adakan lampu
di dalam tempat simpan tersebut kerana ini dapat
menahan ikan dari mati. Kita boleh menangkap umpan
ikan dengan menggunakan "apollo" atau "sabiki" ya
itu mata kail yang halus yang diikat dengan bulu
ayam atau itik, tali rafia atau benang dan
menariknya secara perlahan untuk menangkap umpan di
kawasan unjam , tuas dan kawasan karang. |
|
Cara
Mencangkuk Umpan Ikan
Ikan
Hidup
Terdapat beberapa cara untuk mencangkuk ikan
tersebut, apa yang penting adalah cara kita
mencangkuknya perlu mengambil kira beberapa faktor
iaitu :
a. Mata kail
Kail memainkan peranan yang amat penting semasa
mengguna umpan sotong hidup kerana sekira kail itu
besar dan berat maka ia akan membunuh umpan tersebut.
Anda perlulah menyesuaikan kail dengan ikan. Bagi
saya mata kail bersaiz antara 1/0 hingga 8/0 adalah
yang paling sesuai sekali terutama yang diperbuat
daripada aloi (alloy) atau "carbon steel" kerana
kail yang diperbuat daripada jenis ini adalah sangat
ringan. Penggunaan kail bergantung pada ikan yang
ingin di pancing, misalnya bagi ikan Tenggiri mata
kail bersaiz antara 5/0 hingga 7/0 boleh di gunakan
manakala untuk ikan yu atau Tuna yang besar maka
saiz 5/0 hingga 10/0 boleh digunakan.
b.
Jenis perambut
Jenis perambut yang digunakan juga memainkan peranan
yang penting kerana ia akan menentukan sekiranya
umpan dapat bergerak secara semula jadi (natural)
serta apa jenis kail yang perlu digunakan. Sekiranya
"wire leader" digunakan cubalah menggunakan yang
paling halus sekali. Bagi saya , "wire leader" yang
saya selalu gunakan adalah dari jenis 25 paun hingga
40 paun sahaja untuk ikan tenggiri dan 80paun hingga
120 paun bagi ikan yu.. Dan sekiranya saya tidak
menggunakan "wire Leader" saya menggunakan "mono
leader" antara 60 paun hingga 120 paun dengan kail
dari jenis "O'Shaughnessy " yang mempunyai batang
(shank) yang panjang.
Selepas kita mengkaji faktor di atas maka terdapat
beberapa cara untuk mencangkuk umpan ikan yang hidup.
Fakta seperti kelajuan arus, pada peringkat
kedalaman air yang hendak dipancing perlulah diambil
kira. Cara anda mencangkuk dan kedudukan mata kail
amat lah penting sekali. Saya akan memaparkan
beberapa cara dan posisi di mana mata kail perlu
dicangkuk mengikut keadaan .
1. Cara untuk mencangkuk umpan bagi memancing di
permukaan air (Surface Fishing)
Ada kalanya kita hendak umpan hidup kita bermain
di atas permukaan air di mana ikan yang diburu
banyak bermain di permukaan. Ikan seperti ikan
tenggiri, haruan tasik, ikan layaran atau mersuji.
Kita boleh mencangkuk ikan pada beberapa tempat
supaya umpan ikan akan hanya berlegar di beberapa
kaki dengan permukaan air. Kita boleh mencangkuk
ikan pada belakang ikan dekat dengan ekor, kita
boleh juga mencangkuk ikan pada kawasan belakang
kepala atau melalui mulut ikan umpan tersebut. |
|
 |
|
Cangkuk
mata kail di atas untuk ikan bermain di permukaan
air. |
|
2. Cara
untuk mencangkuk umpan bagi memancing di dasar atau
ke bawah (Bottom or Fishing)
Ada kalanya kita hendak umpan hidup kita bermain di
dasar atau di kawasan bawah permukaan air di mana
ikan yang diburu banyak bermain. Ikan seperti ikan ,
Ikan gerpoh, haruan tasik, ikan layaran atau mersuji.
Kita boleh mencangkuk ikan pada beberapa tempat
supaya umpan ikan akan hanya berlegar di dasar laut
atau di bawah air. Kita boleh mencangkuk ikan pada
belakang ikan dekat dengan ekor di mana kail di
letakkan pada bahagian bawah ikan. |
|
 |
|
Cangkuk mata kail di bawah untuk ikan berenang ke
bawah. |
|
3. Cara
untuk mencangkuk umpan bagi memancing di arus yang
kuat atau sekira menggunakan batu pemberat. (Fast
current or with sinkers)
Ada
kalanya Semasa kita memancing di air yang lagu oleh
sebab arus yang deras\dan juga kita memerlukan
menggunakan batu pemberat di mana kita perlu umpan
ikan itu berada di tahap kedalaman yang di tentukan.
Kita perlu umpan hidup kita bermain di dasar atau di
kawasan bawah permukaan air di mana ikan yang diburu
banyak bermain. Ikan seperti ikan , Ikan gerpoh,
haruan tasik, ikan layaran atau mersuji. Kita boleh
mencangkuk ikan pada beberapa tempat supaya umpan
ikan akan hanya berlegar di dasar laut atau di bawah
air. Kita boleh mencangkuk ikan pada belakang ikan
dekat dengan kepala di mana kail di letakkan pada
bahagian atas ikan atau melalui mata umpan ikan
tersebut. Cara ini dapat membantu ikan tersebut
berada pada tahap yang di tentukan dan juga ikan
tidak akan mati sesenang itu. |
|
 |
|
 |
|
Collar Hook
Kail dicangkuk di belakang tengkuk
|
|
Eye
Hook
Kail di cangkuk melalui mata ikan |
|
Saya harap
sedikit sebanyak penerangan yang dapat saya berikan
di sini dapat membantu anda dalam cara menggunakan
umpan ikan hidup dengan jayanya. Ingat ikan pun
cerewat juga, kalau umpan itu tidak dapat berenang
dengan sempurna atau berada pada tahap yang
diperlukan atau mati maka penyampaian yang kita
berikan tidak menarik nescaya ikan yang kita idamkan
tidak akan makan umpan kita. Jaga lah umpan dengan
baik dan saya percaya anda pasti akan berjaya
menaikkan ikan idaman anda. Jumpa lagi pada minggu
hadapan di mana kita akan berbincang tentang umpan
ikan segar dan umpan hirisan pula. |
|
|
|
 |
|
|