|
Baru baru ini
semasa saya mengadakan demostrasi memancing di GP Joran
diLanjut Pahang, saya ditanya oleh beberapa perserta
disana tentang jenis mata kail yang patut digunakan.
Sungguh pun artikal mata kail telah dibentangkan
beberapa bulan lalu kata mereka, saya tidak begitu
mendalam. (Amboi tak sabaq nooo.)
Jadi pada kali ini kita akan cuba mengkaji secara
mendalam, pada jenis mata kail apakah yang perlu
digunakan semasa memancing.
Sebelum kita pergi ke tahap jenis mata kail apa yang
perlu digunakan , marilah kita mengkaji beberapa cara
ikan makan umpan.
Cara Ikan
Makan Umpan.
Setiap specis ikan mempunyai cara tersendiri memakan
umpan ,ada yang menyambar, ada juga yang mencuit atau
meroteh , ada jenis ikan yang menghisap masuk umpan dan
lain lain lagi. Mengenal cara ikan makan umpan adalah
penting sekali dan ini akan membolehkan kita memilih
mata kail yang sesuai untuk memacingnya. Cara-cara ikan
memakan umpan adalah:
1.
Menyambar

Jenis ikan menyambar adalah selalunya jenis ikan yang
bergigi tajam atau jenis ikan "predator" yang akan makan
umpan semasa bergerak, mau pun ikan itu sendiri yang
bergerak atau umpan bergerak. Ini selalu berlaku semasa
kita memancing dengan kaedah menunda (trolling),
"casting", atau memancing dengan umpan hidup (live
baiting) atau umpan tiruan. Beberapa jenis ikan yang
berkelakuan begini adalah, Ikan Alu Alu, Haruan Tasik,
Ikan Yu, Ikan Siakap, Tenggiri, Gerepoh atau GT dan lain
lain lagi.
Bagi ikan jenis ini saya mengsyurkan mata kail dari
jenis "Tuna Hook" atau " Big game Hook" yang mana
matanya menegak lurus kepangkal. Ini disebabkan apabila
ikan tersebut menyambar pada umpan , mata kail akan
terus mencankuk pada ikan tersebut.
Jenis mata kail ini juga mempunyai daya ketahanan yang
kuat dan tidak akan melurus semasa hentakan. Kajian
menunjukkan bahawa apabila ikan menyambar umpan,
kekuatan hentakan adalah lebihkurang 10 kali berat badan
ikan tersebut. Misalnya, sekira berat badan ikan itu
adalah 10 kg maka kuasa atau berat hentakan adalah lebih
dari 100 kg. Jadi bayangkan sekiranya mata kail itu
tidak kuat atau bersesuaian maka ikan akan terlepas.
2. Ragut

Perkataan ragut bermakna jenis ikan yang memakan umpan
yang tidak bergerak manakala ikan tersebut akan
mengambil umpan dan melarikan diri.Ini selalu berlaku
apabila kita memancing dasar (bottom fishing) atau
mengambur (drift fishing) dimana kita mengunakan umpan
yang mati.Kebanyakan ikan berkelakuan begini dan
diantaranya adalah ikan Jenak, ikan Merah, Pari, Ebek
dan bermacam macam lagi.
Bagi jenis ikan ragut ini, mata pancing yang disyurkan
adalah dari jenis kail yang matanya membengkok sedikit
atau dari jenis kail yang dipanggil " circle hook".
"Circle hook" adalah sejenis kail yang dicipta khusus
untuk mengcakuk ikan hanya pada mulutnya.Walaubagaimana
pun pengunaan kail jenis ini berbeza sedikit dari kail
yang lain dimana kita tidak boleh menyetaknya.
Apabila ikan menarik umpan hanya mengetatkan kekili dan
menegangkan tali pancing sahaja. Kail jenis ini akan
mengena secara tersendiri apabila ikan bergerak
kehadapan dan oleh sebab kail ini mempunyai bengkok
dimatanya maka, untuk ikan melepaskan diri adalah tidak
mungkin sekali. Melalui pengalaman saya purata ikan yang
tercangkuk adalah 99.9 % dengan penggunaan kail jenis
ini. Kelebihan lain pada penggunaan kail jenis ini
adalah ikan yang terkena kail ini dapat dilepas balik
hidup hidup kerana ia akan hanya tersangkut pada mulut
dan sekiranya kita hendak melepasnya kembali ia tidak
akan mencederakan ikan tersebut.
3.
Memagut (Nibblers)

Ikan yang makan secara memangut adalah dari ikan yang
makan dan berada ditempat itu.Ikan jenis ini tidak
bergerak semasa mememakan umpan mau pun umpan bergerak,
oleh demikian amatlah susah untuk kail mengena ikan
tersebut secara tersendirinya.Jenis ikan yang suka
memangut adalah, ikan gelama, ikan duri dan anak anak
ikan atau ikan yang kecil saiznya.
Bagi ikan yang suka makan begini saya mengsyurkan kail
yang jenis lurus atau mempunyai mata yang mendonggak
ketepi (off set point). Disyurkan juga mata pancing yang
digunakan janganlah terlalu bersar. Untuk mendapat ikan
jenis ini kita perlulah cepat menyentaknya apabila
dikesan ikan memakan umpan.
4. Menghisap (Sucking)

Terdapat juga ikan yang menghisap umpan kedalam mulutnya
seperti ikan kerapu,gongbelang , pelata bali, dan banyak
lagi , Ikan dari jenis ini ada yang mempunyai gigi tajam
dan ada juga yang mempunyai isang yang tajam untuk
memotong umpan selepas umpan masuk kemulutnya.
Bagi ikan dari jenis ini saya menyurkan penggunaan kail
yang mempunyai tangkal yang panjang .
Selepas kita
memahami beberapa cara ikan makan umpan bolehlah kita
memilih kail yang bersesuaian untuk kita pergi memancing
dengan lebih konfiden lagi dan satu pesanan dari saya
adalah kita harus mengamalkan konsep tangkap dan lepas
pada ikan yang kecil dan ikan yang berlebihan. Ingatlah
pada generasi dan anak cucu kita supaya mereka pun boleh
memancing juga.
Pada siri yang akan datang saya akan menyentuh sedikit
sebanyak tentang cara mengasah atau menajamkan mata kail
dan alatan nya. |